Make glow text and comments

17 May, 2010

SALAM KONTEK KENAL, SALAM PANTAI TIMUR

Pada 15hb Mei 2010 aku ditugaskan menghantar seorang pesakit ke Hosp. Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan Darul Naim. Kami bertolak dari HTF, Kangar lebih kurang QTR 22:30GMT seramai 5 org dalam 1 ambulan. Kami tiba ke destinasi yang di tuju dengan selamatnya lebih kurang QTR 6:00GMT. Setelah semua urusan berkenaan pesakit telah selesai, dan pesakit pun dimasukkan ke wad,barulah kami dapat bersarapan pagi di gerai berhampiran dengan HUSM. Setelah selesai bersarapan, perut pun dah kenyang. Mata pun dah mula rasa mengantuk, kami pun mula bergerak masuk ke Bandar Kota Bharu untuk mencari tempat penginapan. Kami check in Hotel Indah.. Berdekatan Pantai Cahaya Bulan.. Setelah check in ke bilik, rakan-rakan ku yang lain dah keletihan setelah melakukan 1 perjalanan yang jauh terus terlelap. Aku seperti biasa, mencapai pesawat Yaesu FT 60, terus putar-putar mencari frequansi lokalan rakan-rakan Kota Bharu. 147.650 -600 tone 203.5.. Aku dengar rakan-rakan berQSO.. 9W2SYF (ABG. AYIE), 9W2SME (KAK MAH,SYL 9W2SMO), 9W2MDQ(bru 73), 9W2DJM (ABG. DIN JANGGUT MERAH), 9W2 DNH (ABG. NAZI).. Setelah ada peluang, jari aku yang gatal ni pun terus tekan PTT.. "contek...9W2IZN portable standing by.... Lantas 9W2DNH memberikan laluan kepada aku. setelah aku memberikan kedudukan aku, 9W2SYF datang menjemput di lobi hotel. Kami ber-eyeball di Taman Hijau, berhampiran Hotel. Kemudian 9W2DJM datang join in. Abg Din dan Abg Ayie membawa aku berjumpa rakan-rakan lokalan Kota Bharu (atas permintaan rakan-rakan semua) di PBSM, Caw. Kelantan. Sempat berround table dan bersalaman didaratan dengan 9W2JIT, 9W2MHO,9W2AYK dan 9W2SM. Dan pada petang harinya, sewaktu aku sedang nyenyak tidur dek keletihan, 55 ku berbunyi.. 9W2DNH (ABG. WAN MOHD. NAZI) sedang menunggu di Taman Hijau bersama Abg Ayie untuk bertenggo-tenggolan.. Abg Nazi akan ke Kuala Lumpur pada malam nanti.. Ada urusan katanya..

Esok paginya (17/5/2010) QTR: 10:00GMT- Aku bergerak pulang dari Kota Bharu menuju ke Kangar. Sebelum tu kami membeli belah dulu di Pasar Siti Khadijah.. Tak sah kata orang kalau kita ke Kota Bharu jika tak datang ke sini... so aku pun ke sana jugak... Ada la beli serba sedikit buah tangan untuk orang-orang kat Perlis nu... Setelah semua dah selesai dengan urusan membeli belah, perut pun dah di isi, kami pun mula bergerak.. Aku macam biasa... 2nd driver... Hehehehe... Kontek-kontek..Adakah rakan-rakan di jaluran, di sini 9W2IZN mobile untuk balik ke Perlis, Standing by.. Panggilan ku lantas disambut 9W2HCA (Pak HJ. ADNEN).. Selepas salam Kontek kenal di udara.. 9W2JIT (ABG. AZIZ) masuk join in.. Lama kami berQSO.. QTR 11:00GMT, kami sampai ke KG. JIAS, rumah besan rakanku..Aku terpaksa 73 dulu. Sewaktu kami memulakan perjalanan kembali, Aku cuba kontek kembali, tetapi mungkin aku di laluan sukar.. jadi audio aku sukar dicopy rakan-rakan.. aku pun terpaksa 73... Kami selamat sampai ke Perlis QTR 18:30GMT. Walaupun hanya sekejap saja bertemu rakan-rakan HAM lokalan Kota Bharu, terasa puas hati diatas layanan mesra rakan-rakan Ham dari Kota Bharu... Walaupun baru pertama kali berQSO, dan bertemu.. X sangka diatas layanan yang amat tak terhingga diberikan oleh rakan-rakan HAM disini... TERIMA KASIH SEMUA RAKAN-RAKAN DIATAS LAYANAN MESRA ANDA SEMUA... 73, JUMPA DAN JUMPA LAGI..CARIO.. BYE-BYE...

No comments:

Post a Comment